Description

Radio Kamek merupakan saluran radio berbahasa Melayu dan inggeris di Malaysia di bawah kendalian Add On Media Network. Radio Kamek mula beroperasi pada Oktober 2008 melalui siaran internet.

Radio Kamek juga merupakan satu-satunya stesen radio internet komuniti pertama Malaysia khusus bagi membudayakan Sarawak ke peringkat yang lebih global. Ia bersiaran selama 24 jam dengan pelbagai segmen yang menarik dan lebih memfokuskan kepada lagu-lagu hiburan terutama sekali daripada artis tempatan dan yang diminati oleh warga pribumi Bumi Kenyalang.

Dengan kemajuan teknologi dan permintaan ramai, kini ia memfokuskan kepada gaya persembahan yang baru dan unik iaitu mengetengahkan ciri-ciri negeri Sarawak. Bermula Oktober 2008, ia beroperasi di bawah jenama Radio Kamek bagi menggantikan City Radio.

Selepas setahun ke udara di bawah jenama Radio Kamek, kini Radio Kamek maju setapak lagi dengan memperkenalkan konsep muzik, Muzik 1Malaysia. Kini dengan lebih pilihan muzik dan tanpa kompromi. Radio Kamek menyokong muzik Malaysia.

Listen Radio Kamek
Please Click On To Play Button And Wait For 10-20 Seconds!
Get the Flash Player to hear this stream.

Share Radio Kamek